Apam berwarna-warni. Cucu Mamatok pasti suka.
Atas permintaan Rahel, ini resepinya.
Apam Ceria
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
Cara-cara
Kisar nasi dengan air hingga halus
Masukkan gula, tepung beras dan yis. Kisar lagi hingga sebati.
Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.
Perap lebih dari 3 atau 4 jam
Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati
Masukkan pewarna mengikut kesukaan dan biarkan sebentar.
Panaskan kukusan.
Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
Resepi ni pun Mamatok dapat hasil daripada ber blogwalking. Tapi maaf sangat-sangat sebab dah lupa blog asalnya.