Atas permintaan Rahel, ini resepinya.
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 1/4 cawan air
1 sudu kecil yis
sepeket kecil eno
Cara-cara
Kisar nasi dengan air hingga halus
Masukkan gula, tepung beras dan yis. Kisar lagi hingga sebati.
Masukkan ke dalam bekas dan tutup rapat.
Perap lebih dari 3 atau 4 jam
Selepas diperap kacau perlahan dan masukkan eno dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati
Masukkan pewarna mengikut kesukaan dan biarkan sebentar.
Panaskan kukusan.
Masukan ke dalam acuan-acuan kecil dan kukus selama 15 hingga 20minit dengan api kuat.
Resepi ni pun Mamatok dapat hasil daripada ber blogwalking. Tapi maaf sangat-sangat sebab dah lupa blog asalnya.
Salam...
BalasPadamcantek apam tu...tapi mana resepinya..hehehe..
oh ya..terima kasih sudi singgah kat blog Rahel...
Waalaikumsalam.
PadamTerima kasih sudi jenguk dan tinggalkan komen pada blog Mamatok yang tak seberapa ni.
Terharu rasanya.
Mamatok suka baca blog Rahel. Cantik. Sebab tu terus follow blog Rahel :)